Penterjemah Bahasa Lingovista ialah sebuah perisian yang boleh digunakan untuk menterjemahkan karangan, esei atau laporan yang ditulis dalam Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris secara automatik.
Sila klik pada butang 'download' di bawah untuk muat turun perisian Penterjemah Bahasa Lingovista.
 | Muat Turun Penterjemah Bahasa Lingovista penterjemahinstaller.zip |
Di bawah ialah paparan skrin untuk penterjemah bahasa ini.
Paparan Skrin
Paparan di atas ialah skrin utama di mana teks atau karangan berbahasa melayu perlu ditaip di sini. Anda hanya perlu klik pada butang 'Tool'-'Translate To English' untuk menterjemah teks tersebut ke English.
Paparan seperti di atas akan dipaparkan setelah butang 'Translate To English' ditekan. Hasil terjemahan akan dipaparkan di sebuah lagi tetingkap seperti di bawah yang akan keluar secara automatik.
Anda boleh terus membuat 'editing' atau suntingan hasil terjemahan di skrin tersebut.
Kelebihan
Ada banyak kelebihan dalam Penterjemah Bahasa Lingovista.
- Proses terjemahan di lakukan secara 'offline' atau secara 'luar talian'. Anda tidak perlukan sambungan ke internet untuk melakukan kerja-kerja penterjemahan anda. Sekaligus mengelakkan daripada bahan-bahan maklumat sensitif daripada dihantar keluar.
- Proses suntingan hasil terjemahan boleh dilakukan secara terus menggunakan perisian ini.
- Disertakan sekali 'Database Editor' atau 'Penyunting Pengkalan Data' yang boleh digunakan untuk membuat perubahan pada terjemahan perkataan tertentu dan ia juga boleh menambah perkataan-perkataan baru yang mungkin belum dimasukkan dalam pengkalan data perisian ini. Sekaligus ianya akan melengkapkan lagi data-data dalam perisian ini dari masa ke semasa.
Untuk memahami cara penggunaan 'Database Editor' secara lebih terperinci sila klik di sini
Percubaan
Sekiranya anda melihat paparan seperti di bawah dipaparkan semasa proses terjemahan dilakukan bermakna perisian penterjemah yang anda miliki adalah perisian versi cubaan.
Dalam perisian versi percubaan terjemahan akan tetap dilakukan dan hasilnya akan dapat anda lihat selepas itu. Jumlah perkataan dihadkan untuk 50 perkataan sahaja.
Sila dapatkan KOD LALUAN untuk membuang paparan ini.
Dan jika anda melihat paparan seperti di atas bermakna tempoh percubaan telah pun tamat dan tidak lagi dapat melihat hasil terjemahannya. Anda boleh cuba install perisian penterjemah ini dikomputer lain untuk mencuba lagi melihat ketepatan hasil terjemahannya.
Setelah anda memasukkan KOD LALUAN yang betul, semua sekatan yang ada dalam perisian ini akan terus hilang.
Untuk mengetahui bagaimana untuk mendapatkan KOD LALUAN sila klik di sini
Advertisement
Lingovista 21st Dream Diamond Blog
Download 21st Dream Diamond game demo.